script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong

 

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang hampir pasti mengekalkan kerajaan negeri apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) menyatakan sokongan untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Menurut sumber DAP, perkara itu sudah diputuskan pimpinan tertinggi parti dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam terdekat.

Dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), BN memiliki 16 kerusi dewan undangan negeri (DUN) manakala PH mempunyai lapan kerusi.

Enam daripadanya adalah DAP manakala dua lagi melalui wakil PKR.

Perikatan Nasional (PN) pula memiliki 17 kerusi DUN.

Selepas keputusan PRU15 Sabtu lalu, kerajaan Pahang 'tergantung' kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi dan satu lagi kerusi iaitu DUN Tioman tidak dipertandingkan selepas calon PN, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi Sabtu-hari mengundi, ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, dipercayai akibat serangan jantung.

Pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditetapkan pada 7 Disember ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, ADUN Triang (DAP), Leong Yu Man ketika dihubungi memaklumkan dia belum menerima maklumat lengkap berkaitan persetujuan untuk PH dan BN Pahang bekerjasama.

"Setakat ini saya belum pasti mengenai perkara ini, lebih baik rujuk dengan pucuk pimpinan kami," katanya.

Dua wakil PKR ketika dihubungi juga memaklumkan mereka masih menunggu keputusan muktamad oleh pucuk pimpinan parti.

ADUN Semambu (PKR), Chan Chun Kuang berkata, dia hanya menunggu maklumat dan arahan daripada pimpinan.

Sementara itu, ADUN Teruntum (PKR) , Sim Choon Siang pula memberitahu dia berharap pucuk pimpinan tertinggi akan membuat keputusan terbaik untuk semua pihak. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.