script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy 'Angkat Sumpah' Jadi Menteri Besar Pahang Di Istana Abu Bakar, Pekan


PEKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 14 Oktober lalu.

Pelantikan Wan Rosdy, 64, disempurnakan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, hari ini.

Istiadat pengurniaan itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu dipersetujui BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bergabung membentuk kerajaan negeri.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi daripada 41 kerusi DUN Pahang dan PH memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.

Dilahirkan pada 1 Oktober 1958, sebelum menjadi seorang ahli politik sepenuh masa dan bertanding di DUN Jelai, Wan Rosdy adalah Pegawai Kanan agensi milik kerajaan negeri yang berurusan dengan pengeluaran dan pemasaran makanan ruji rakyat Malaysia, PadiBeras Nasional (BERNAS).

Beliau yang menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan Kepujian (Kelas 2 Atas) Pengkhususan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Diploma Pengajian Perdagangan, Institut Teknologi Mara mula dipilih menjadi ADUN Jelai pada 2004.

Wan Rosdy kemudian dilantik sebagai EXCO Pahang selama dua penggal iaitu pada 2008-2013 dan 2013-2018.

Pada 15 Mei 2018, Wan Rosdy dilantik sebagai Menteri Besar Pahang selepas BN memenangi PRU14 dengan menguasai 25 kerusi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.