script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang

 

KUANTAN – Lebih baik Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) berbanding dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menyatakan sokongan BN dan PH bekerjasama bagi membentuk kerajaan negeri setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Jika BN bekerjasama dengan PH, jawatan menteri besar, insya-Allah dapat dikekalkan milik UMNO. Kalau bersama PN tentunya mereka mahu jawatan itu kerana memiliki kelebihan satu kerusi.

“Dalam politik, siapa yang mempunyai majoriti boleh menuntut jawatan menteri besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15, BN menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PH lapan kerusi dan PN (17 kerusi).

Selepas keputusan PRU15, kerajaan Pahang ‘tergantung’ kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

PH Pahang bersetuju menjalinkan kerjasama dengan BN negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas PRU15.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, tiada masalah BN kerjasama dengan PH kerana parti itu yang mempunyai sokongan di bandar boleh memberi tumpuan menjaga kawasan itu melalui portfolio diberikan.

“BN pula boleh menjaga kawasan-kawasan majoriti Melayu dan kampung supaya masalah rakyat dapat diberikan tumpuan dan diselesaikan,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.