script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ismail: Tindakan UMNO Gantung Keahlian Isteri, Seolah-Olahnya Kita Tiada Maruah!

 

MARAN - Calon Perikatan Nasional (PN) untuk Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib menasihatkan pimpinan tertinggi UMNO agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan, susulan penggantungan isterinya, Datin Seri Fatimah Kassim sebagai Ketua Wanita UMNO Maran.

Ismail yang memegang kerusi Parlimen Maran selama empat penggal ketika bersama UMNO berkata, penggantungan isterinya tidak sepatutnya berlaku kerana dia telah diundi perwakilan ketika pemilihan parti.

"Sebagai isteri, dia akan berikan sokongan moral kepada saya. (Tapi) Belum tahu dia berikan sokongan sebenarnya kepada parti (saya) yang baru. Tetapi kenapa buat dia begitu?

"Maknanya tindakan ini seolah menghina orang. Banyak orang komen pada saya, apa hak UMNO nak gantung, nak rehatkan dia.

Apabila anda buat macam itu, orang ramai lagi marah, seolah-olah kita tiada maruah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Maran, hari ini.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan Fatimah dan Ketua Wanita UMNO Arau, Datuk zseri Shamsiah Yasin digantung selepas didapati memberikan sokongan kepada calon lawan dalam PRU-15.

"UMNO menerima aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua ketua Wanita UMNO terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan," kata Ahmad lagi.

Untuk rekod, Ismail dan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dalam PRU kali ini.

Bagaimanapun kedua-dua mereka kini menjadi calon kepada PN untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Ismail berkata, sikap pemimpin tertinggi sesebuah parti yang tidak boleh ditegur akan membawa parti itu ke arah kemusnahan.

Sementara itu, Fatimah berkata keputusan UMNO untuk menggantungnya tidak mematahkan semangat dia untuk terus berjuang.

"Saya lebih selesalah sekarang, bahkan dalam keadaan sekarang lebih bersemangat untuk berjuang, untuk membantu suami saya (Ismail) memastikan kemenangan," katanya ringkas. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.