script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pakatan Harapan (PH) Hantar SD Sokong 'Wan Rosdy' Jadi 'Menteri Besar Pahang' !

 

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) Pahang menghantar akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pengerusinya, Dato' Seri Amirudin Shari yang memaklumkan perkara itu, berkata pihaknya kini menunggu masa bagi istiadat menghadap dan mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, namun tidak mendedahkan bila SD itu dihantar.

“Kita hanya menunggu masa menghadap dan masa perkenan Duli Maha Mulia Tuanku. Sebab kita bukan dalam posisi (untuk meminta menghadap).

“Kita sudah berbincang dan meletakkan usaha kita serta menyatakan dengan rasmi kesediaan menyokong Wan Rosdy. Jadi, kalau boleh ia dapat dijalankan dengan baik dan ada beberapa perkara lain dapat diuruskan,” katanya di Bangunan Annex, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Amirudin berkata, perbincangan antara PH dan BN Pahang bagi pembentukan kerajaan negeri dilakukan sejak malam keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diketahui dan beliau turut menemui Wan Rosdy bagi proses pembentukan tersebut.

Semalam, media melaporkan lapan wakil rakyat PH yang memenangi kerusi DUN Pahang pada PRU15 menandatangani SD menyokong Wan Rosdy sebagai menteri besar.

Perkara itu disahkan Sim Chon Siang, yang memenangi DUN Teruntum yang menyatakan proses menandatangani SD itu berlangsung di sebuah pejabat peguam di Temerloh, Pahang semalam.

DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti memiliki majoriti mudah 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri, dengan BN memperoleh 16 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi dan lapan oleh PH.

Terdapat 42 kerusi DUN Pahang, namun proses pengundian DUN Tioman akan diadakan 7 Dis ini, susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian, dipercayai akibat serangan jantung. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.