script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiga Beranak Termasuk Bayi Berusia 10 Bulan Maut Akibat 'Kemalangan' Di LPT !

 

KUANTAN - Pasangan suami isteri bersama bayi mereka yang berusia 10 bulan maut, manakala tiga anak mereka cedera selepas kenderaan jenis pikap dinaiki terbabit kemalangan hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, di sini.

Mangsa yang maut disahkan Mohamad Shafiq Zailani, 33 dan isteri, Faeiznoor Mansor, 32, masing-masing maut di tempat kejadian, manakala bayi lelaki mereka Daryan Marwa, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini


Tiga anak mangsa berusia antara dua hingga sembilan tahun terselamat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan sebuah pikap jenis Ford Ranger dari arah Bandar Jengka, Maran menghala Kuantan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan.

"Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia di HTAA, Kuantan.

"Tiga lagi anak pasangan yang cedera dibawa ambulan ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dikejarkan ke lokasi kemalangan.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.