script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hadi: PAS Lebih Rela Jadi Pembangkang Daripada 'Bentuk Kerajaan' Dengan BN !

 

TANGGA BATU - PAS lebih rela jadi pembangkang jika tidak berjaya membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang masih dipimpin mereka terpalit kes rasuah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata partinya sudah biasa menjadi pembangkang dan ia bukan perkara asing.

“PAS jadi pembangkang puluhan tahun tak jadi masalah. Kita tak mahu kerajaan tak bersih…kita berprinsip, bukan parti yang hanyut.

“Kita (PN) mahu menang sendiri dengan majoriti 2/3 atau majoriti mudah, jadi tak perlu kepada kerjasama orang lain dan bila orang nak datang kepada kita selepas itu kita alu-alukan kalau mereka nak buat perubahan bersama melalui kerajaan PN yang menawarkan kerajaan bersih dan stabil,” katanya pada sidang media selepas program santai petang bersama penduduk Tangga Batu di Taman Desa Cheng Perdana.

Ditanya sama ada PAS sedia bentuk kerjasama dengan BN jika mereka yang menang pilihan raya terdiri kalangan yang “bersih”, Hadi berkata perkara itu akan diteliti selepas PRU15.

Diminta mengulas kenyataan Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PN sedia bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan, Hadi berkata kenyataan setiausaha agung PAS itu merujuk kepada keputusan PAS sebelum Parlimen dibubarkan.

Hadi berkata, isu itu tidak lagi berbangkit selepas Parlimen dibubarkan kerana BN tidak berjaya menggantikan pemimpin yang tidak bersih dan fokus PAS bergerak bersama PN untuk menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

Katanya, PAS bersama PN menumpukan usaha menubuhkan kerajaan secara bersendirian termasuk membentuk kerjasama dengan parti di Sarawak dan yakin ia akan dicapai. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.