script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKR Optimis Menang Empat Kerusi DUN, Pertahan Dua Kerusi Parlimen Di Pahang

 

KUANTAN - Parti Keadilan Rakyar (PKR) optimis dapat membuat kejutan dengan memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selain mengekalkan keputusan pilihan raya lepas di dua kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Datuk Seri Amirudin Shari berkata dua kerusi DUN yang dapat dipertahan ialah Semambu dan Teruntum manakala kerusi Parlimen ialah Kuantan dan Indera Mahkota.

"Kawasan DUN lain yang berpotensi untuk dimenangi antaranya Benta, Inderapura, Bukit Ibam, Sungai Lembing dan Cheka. Peluang kita adalah lebih baik jika lebih ramai pulang mengundi khususnya mereka dari ibu kota dan Selangor.

"Ini kerana di situ adalah penempatan anak muda dan mereka boleh mempengaruhi ibu bapa jika pulang ke kampung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ceramah Harapan Pengerusi MPN Pahang di sini baru-baru ini.

PKR menang kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum 2018 menerusi calonnya Datuk Seri Saifuddin Abdullah namun beliau menyertai Bersatu dua tahun kemudian.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata sasaran yang ditetapkan PKR tidak mustahil untuk dicapai, mengambil kira mereka pernah membuat kejutan apabila menang di DUN Chini pada Pilihan Raya Umum 1999 walaupun dengan hanya majoriti lima undi.

Mengulas peluang PKR di DUN Cheka yang menyaksikan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding atas tiket Perikatan Nasional, Amirudin berkata Profesor Madya Dr Rasid Muhamad daripada PKR yang mewakili Pakatan Harapan merupakan calon yang mampu memberikan saingan sengit.

Pada PRU15, PKR meletakkan calon di enam kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Pahang. Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan DUN. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.