script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Beri Peluang "Calon BN" Wakili Rakyat Di Parlimen Indera Mahkota, DUN Semambu

KUANTAN - Pengundi di Parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu diminta memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, calon BN Parlimen Indera Mahkota, Datuk Quek Tai Seong dan DUN Semambu, Khairul Hisham Omar merupakan calon berwibawa dan diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kedua-dua calon yang kita (BN) ketengahkan ini cukup dikenali dalam kalangan masyarakat setempat. Mereka ini ingin berkhidmat kepada masyarakat setempat dan saya fikir pengundi di Indera Mahkota dan Semambu harus beri peluang kepada mereka.

“Saya yakin mereka dapat bekerja dengan kuat dan baik, lihat sahaja kempen yang dilakukan tanpa penat lelah untuk tawar khidmat. Bagilah peluang untuk mewakili suara kita,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Badminton Cenderawasih Timur di sini pada Selasa.

Mengulas tentang kempen PRU15, beliau berkata, setakat ini rakyat di negeri ini memberi maklum balas dan sambutan yang baik terhadap BN sekali gus memberi keyakinan bahawa sokongan diperoleh parti itu semakin meningkat.

“Ini menunjukkan sokongan mereka kepada kepimpinan kerajaan terdahulu masih baik dan saya harap supaya perkara seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kalau kerajaan dahulu tidak berbuat apa-apa termasuk tidak ada aktiviti sama ada kebajikan dan sebagainya… tidak mungkin mereka akan memberikan sokongan yang terbaik.

“Bagi saya ini jelas menunjukkan satu dorongan terhadap apa yang kerajaan negeri telah buat selama ini dan pastinya kita lanjutkan lagi di penggal yang akan datang,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.