script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

'Tok Mail' Apa Lagi Yang Kamu Mahu, Tak Cukupkah 4 Penggal Jadi Ahli Parlimen ?

 

KUALA LUMPUR – Pengundi-pengundi di Maran perlu menghukum Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib yang belot kepada parti yang selama ini memberikan peluang kepadanya untuk berkhidmat kepada rakyat Maran.

Bekas pegawainya, Haslihelmy DM Zulhasli mendakwa, penyandang kerusi Parlimen Maran itu sanggup keluar parti semata-mata mencari kuasa dan jawatan untuk kepentingan dirinya.

“Cukup-cukuplah Ismail Muttalib, apa lagi yang anda mahukan?,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Malah, Haslihelmy mahu Ismail menjelaskan tahap kesihatannya kepada rakyat.

Dakwanya, kesihatan Ismail tidak mengizinkan untuknya berkhidmat sebagai wakil rakyat di Maran selepas satu tangkap layar di Facebook menunjukkan Ismail Mutalib terbaring di atas katil hospital di Subang.

Kenyataan status Facebook berkenaan menunjukkan Ismail tidak sihat, tambahnya.

Haslihelmy berkata, Ismail sudah berkhidmat selama empat penggal di Maran dan mempersoalkan adakah tempoh itu tidak cukup untuk beliau.

“Tempoh empat penggal itu bukan singkat tapi lama dan dalam tempoh itu Ismail bukan sahaja menjadi Ahli Parlimen Maran malah menjawat jawatan Kabinet, timbalan menteri.

“Apabila BN membuat keputusan tidak mencalonkannya pada PRU15 ini, beliau memilih bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Maran, alasannya mahu terus berkhidmat kepada rakyat di Maran.

”Tidak cukup lagi ke berkhidmat selama empat penggal? Mahu berkhidmat atau ‘ada udang di sebalik mee’ ekoran tindakan tersebut?, soal Haslihelmy lagi.

Ismail adalah antara 11 pemimpin UMNO yang digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Ke-15. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.