script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemangku Raja Pahang Berkenan Untuk Lantik Wan Rosdy Sebagai Menteri Besar

 

KUANTAN -  Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Pemangku Raja Pahang turut berkenan pembentukan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman dalam satu kenyataan berkata, majlis pengurniaan surat cara lantikan dan angkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang diadakan pada Isnin di Istana Abu Bakar.

"Pelantikan Wan Wan Rosdy berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu, Ahmad Khirrizal berkata, Tengku Hassanal berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN daripada jumlah itu, PN beroleh 17 kerusi, BN pula sebanyak 16 dan PH hanya lapan kerusi.

Wan Rosdy Wan Ismail bertanding bagi kerusi DUN Jelai dan menang dengan majoriti 6,983 undi.

Wan Rosdy tidak pernah tewas di DUN Jelai sejak 2004 dan sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Beliau yang merupakan Ketua UMNO Cameron Highlands telah berkahwin dengan Burhah Mohammed dan dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Wan Rosdy mempunyai kelulusan peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengambil Diploma Pengajian Perdagangan Institut Teknologi Mara yang kini dikenali UiTM.

Beliau pernah dilantik Exco Perumahan dan Perbandaran Pahang dan Exco Pembangunan Luar bandar dan Hal Ehwal Orang Asli (2008-2013). #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.