script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suami Isteri Cemas "Harimau" Tiba-Tiba Masuk Rumah Mereka Di Lipis Semalam

 

LIPIS - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas seekor harimau akar memasuki rumah mereka di Kampung Sentang Pagar Sasak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.30 petang dan mendapati ketika insiden berkenaan, rumah itu dihuni seorang lelaki berusia 55 tahun dan isterinya 58 tahun yang menghidap angin ahmar.

Beliau berkata menerusi maklumat yang diterima, harimau berkenaan dikatakan masuk ke rumah itu melalui pintu hadapan ketika mengejar seekor kucing.

“Terkejut dengan kehadiran harimau itu, suami wanita itu telah menghalau haiwan berkenaan namun harimau itu telah melompat ke atas katil dan tercakar kening wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, wanita yang mengalami luka kecil itu telah diberi rawatan oleh petugas kesihatan Klinik Padang Tengku.

Beliau berkata harimau yang kemudian berada di bawah rumah mangsa telah dikepung oleh penduduk kampung sementara menunggu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Pada pukul 8 malam, Perhilitan Lipis tiba di lokasi kejadian dan haiwan berkenaan berjaya ditangkap beberapa jam kemudian setelah ditembak dengan ubat pelali, katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.