script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Pilihlah BN Jika Mahu Rakyat Hidup Sejahtera Dan Nasib Terus Terbela!

 

JERANTUT - Rakyat di negeri ini boleh terus bersandar harap kepada kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) bagi memastikan nasib mereka terus terbela.

Pengerusi BN Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, banyak lagi program dan projek yang direncanakan bagi memastikan rakyat di negeri ini hidup sejahtera.

“Alhamdulillah, pentadbiran Negeri Pahang cukup efisien di mana tiada ugutan atau gangguan dalam pentadbiran kerajaan kerana keadaan kerajaan yang stabil dan mampu memberi keyakinan terhadap pelabur asing.

“Kita juga telah melaksanakan pelbagai program bagi memastikan setiap lapisan rakyat dapat menerima limpahan kemakmuran yang kita kecapi kini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama-sama komuniti Kuala Tahan di sini hari ini.

Pengerusi BN Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Ramah Mesra bersama-sama komuniti Kuala Tahan di Jerantut.
Dalam pada itu beliau berharap agar semua rakyat di negeri ini bijak memikirkan hala tuju negeri yang perlu dikemudi secara terancang dan mempunyai hala tuju yang jelas.

“Kita akan meneruskan apa yang kita telah lakukan sebelum ini dan saya berharap agar anda semua memberi sokongan terhadap setiap usaha melalui undi pada PRU nanti.

“Saya sendiri memberi jaminan bahawa apa yang dijanjikan pasti akan dilaksanakan. Saya yakin kerana kita (BN) tidak pernah menjanjikan bulan bintang tapi semuanya mampu dibuktikan dan ditunaikan mengikut kemampuan,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.