script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PH Secara Rasmi Umumkan "Sokong" BN Untuk Tubuhkan Kerajaan Negeri Pahang

 

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) Pahang secara rasmi mengumumkan menyokong Barisan Nasional (BN) untuk menubuh Kerajaan Negeri.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan media petang ini memaklumkan keputusan itu dicapai hasil mesyuarat gabungan parti itu hari ini.

“PH Pahang sebulat suara memberi sokongan secara rasmi membentuk kerajaan Pahang bersama dengan BN.

“Ini berdasarkan kepada jumlah kerusi DUN secara keseluruhan dimenangi BN (16 kerusi) dan PH (8 kerusi) melebihi majoriti mudah.

“Kami berharap kerajaan Pahang pasca PRU-15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat.” katanya.

Sumber memaklumkan perbincangan antara PH dan BN berlangsung Selasa lalu dan sehari kemudian Perikatan Nasional (PN) turut berunding dengan BN untuk menjalin kerjasama di Pahang.

Difahamkan hasil perbincangan itu PH dan PN menyokong Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kekal sebagai Menteri Besar.

Kerajaan Pahang tergantung selepas tiada parti meraih majoriti mudah 22 kerusi pada PRU-15, 19 November lalu. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.