script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Calon 'Baharu' Perikatan Nasional (PN) Kerusi DUN Tioman Tetap Daripada PAS

 

KUANTAN - Calon baharu Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman nanti akan tetap dipilih daripada parti PAS, kata Pengerusi PN Pahang Saifuddin Abdullah.

"... secepat mungkin, kerana hari ini tak mungkin kita akan mencari calon baru. Itu adalah kerusi PAS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam di sini hari ini.

Calon PN bagi DUN Tioman Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada kira-kira 3.30 pagi tadi di Hospital Rompin, menyebabkan SPR Pahang memaklumkan proses pengundian bagi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, ditangguhkan.

Pada PRU15, DUN Tioman sepatutnya melibatkan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

Allahyarham yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman sebelum ini pernah bertanding di DUN sama pada pilihan raya umum 2018.

Saifuddin yang juga penyandang Parlimen Indera Mahkota mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergiannya satu kehilangan kerana peribadi Allahyarham yang baik selain berpotensi untuk menerajui kawasan itu. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.