script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Masih Lagi 'Tergantung', Tiada Parti Yang Dapat 'Majoriti Mudah' !

 

KUANTAN - Buat pertama kali dalam sejarah, tiada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang, sekali gus mewujudkan situasi 'tergantung'.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) memperoleh 16 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi.

Kerusi DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli yang meninggal dunia jam 3.30 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Mana-mana parti perlu menang 21 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu juga, kemungkinan pembentukan kerajaan campuran sama ada gabungan BN dan PN atau gabungan PN dan PH atau BN dan PH.

Mengikut keputusan tidak rasmi, antara kerusi DUN yang dimenangi BN ialah Jelai, Padang Tengku, Benta, Batu Talam, Dong, Inderapura, , Peramu Jaya, Bebar dan Chini, Jenderak, Kerdau, Sabai, Pelangai, Guai, Kemayan, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.

Antara kerusi DUN yang dimenangi PN ialah Cheka, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Beserah, Semambu, Tanjung Lumpur dan Panching, Luit, Kuala Sentul, Chenor, Jengka, Lanchang Sungai Lembing, Lepar, Panching dan Kuala Semantan.

Gabungan PH pula menguasai tujuh kerusi masing-masing di Tanah Rata, Tras, Teruntum, Pulau Manis, Mentakab, Bilut, Ketari dan Triang. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.