Sementara itu, menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000.
Dengan penswastaan tersebut, kontraktor kelas F juga dijangka menghadapi kerumitan dan masa depan yang suram selepas ini kerana segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori jalan raya negeri di bawah JKR dibatalkan.
Sebelum ini kontraktor kelas F juga ramai yang terpaksa ‘gulung tikar’ apabila penyelengaraan jalan persekutuan diswastakan kepada syarikat Roadcare.
Unit jalan JKR daerah-daerah sudah tentu akan dikecilkan saiznya kerana kerja-kerja sudah diswastakan. Secara tidak langsung kesan jangka panjangnya ialah tidak ada lagilah "peluang pekerjaan" kepada para penduduk tempatan.
[Nampak isu ini sesuatu yang agak panas menjelang pilihnaraya umum akan datang. Bagaimana JKR Pahang boleh tawarkan kontrak selama tujuh tahun kepada sebuah syarikat yang cukup meragukan kewujudannya. Jika benar dakwaan PAS, syarikat terbabit didaftarkan pada 4 Februari, maka mana mungkin Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar boleh bersetuju meluluskan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit pada 6 Februari. Malah lebih mengejutkan JKR Pahang hantar surat berkenaan pada tarikh 27 Februari 2013. Ini bermakna syarikat berkenaan seolah-olah mempunyai keistimewaan yang amat ketara. Tiada pengalaman tetapi begitu mudah diluluskan. Difahamkan YP Maintenance Sdn Bhd (YPM) adalah sebuah syarikat 100% bumiputera yang berdaftar dibawah CIDB (Gred G7) merupakan sebuah syarikat dibawah Yayasan Pahang (YP). Difahamkan Penegrusi Yayasan Pahang ialah Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Persoalannya, kenapa begitu cepat projek ini diluluskan kepada syarikat terbabit?. Siapakah Syufina Yaakob dan Johari Harun dari Janda Baik. Harus diingat, MB Pahang berasal dari Kg.Sum Sum, Janda Baik. Apakah ada unsur-usnur penyelewangan dan korupsi dalam penganugerahan projek kontroversi ini. Siasatan lanjut bakal menyusul !].
Sila klik pada imej yang dipaparkan ini untuk membesarkan gambar diatas







Apa dah jadi ni. Boleh dipercayai Syarikat ini dapat mengelara projek ini nanti. Atau pun cuma nama aja kot.
BalasPadamBila masa pulak JKR Pahang yang tawarkan kontrak? Kalau tgk surat tu JKR cuma maklumkan pasal kelulusan oleh MMK sahaja.. Maybe owner blog ni boleh perbetulkan fakta..
BalasPadampakai undi nasib laa syarikat mana yg dapat rezeki dia
BalasPadamroadcare ok je skg..benda belum jadi,byk la menentangnye..sok2 dh jadi,berebut plak nk amik alih..pastu siap mengaku pakatan pembangkang pyer la..PR ni xde keje lain,dia xmampu nk buat..ble BN buat,dia tentang..sok dah menjadi,mengaku plak diorg pyer...cam putrajaya,lynas..
BalasPadam