PETALING JAYA - Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan daripada penganjur perhimpunan “Black 505” untuk mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.
Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib pada Isnin bagaimanapun berkata, beliau terbuka untuk bertemu dengan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kemungkinan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan yang lebih tertutup, di mana katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.
“Terdapat beberapa sebab kenapa kami memutuskan untuk menolak permohonan terbaru mereka selepas mengadakan pertemuan dengan polis.
“Pertamanya ialah Padang Merbok sudah pun disewakan oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk mengadakan Larian Olimpik pada 23 Jun.
“Mereka memerlukan padang itu sehari sebelumnya untuk persediaan logistik untuk majlis mereka. Dan mereka telah memohon lokasi itu pada akhir tahun lepas,” katanya.
Ahmad Phesal berkata, beliau turut mengambil pertimbangan mengenai padang itu, yang terletak di sepanjang Jalan Parlimen, yang merupakan penghubung jalan-jalan utama seperti Jalan Hishamuddin, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja. #sumber
[VIDEO] Peniaga Pudu jual ayam bekas ratahan tikus?
-
PETALING JAYA – Tindakan sebuah kedai menjual ayam mentah yang didakwa
direndam di dalam tong tangki hitam bersama tikus mengundang rasa jijik dan
kebimb...
16 minit yang lalu







Baca kenyataan akhbar Rafizi Ramli. Dia kata 7hb jun DBKL mengesahkan TIDAK ADA booking untuk 22 Jun. Ini mana mari pulak cerita MOM mahu guna padang pada 22 Jun? Apsal ini? Tak kanlah urus booking padang pun DBKL tak pandai. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Sama macam SPR je perangai DBKL ini. Belit-belit je cakap.
BalasPadamSetia pada siapa yang menyuap mulut dia....dasar perangai anjing belaan!!!!!
BalasPadam