script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rafizi: Tiada Acara Lain Di Padang Merbok 22 Jun Ini


KUALA LUMPUR, 11 Jun - Rafizi Ramli mendedahkan hari ini tiada acara akan diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, mencadangkan alasan diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib untuk tidak membenarkan perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) #Black505 kerana tempat itu digunakan pada tarikh tersebut sebagai tidak benar. Pengarah strategi PKR itu juga berkata, beliau secara peribadi menyiasat dakwaan Ahmad semalam dan mendapati Larian Olimpik McDonald anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan pada 23 Jun di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok. “Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. “Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka,” tambah beliau lagi. Ahli Parlimen Pandan itu mengatakan siasatannya tidak terhenti di situ. Untuk memastikan acara tersebut benar-benar akan diadakan di Dataran Merdeka yang bersejarah, beliau mengatakan turut menyemak laman sesawang Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM), turut terlibat dengan tersebut. Di laman rasmi kelab itu, Rafizi mengesahkan acara anjuran MOM diadakan di Dataran Merdeka, bukan di Padang Merbok. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Ngapa la gini weeiiii, spr nipu, dbkl pun ikut jd nipu gak?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.