KUALA LUMPUR, 11 Jun - Kesemua 222 ahli parlimen mesti angkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (foto) berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat, justeru menjadikan mereka 'strangers of the House'.
Beliau menjelaskan mengenai Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakan anggota-anggota parlimen perlu mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan bagi satu penggal baharu itu setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat.
"Jika anda tidak, anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong," katanya selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota parlimen, Selasa.
Beliau diminta mengulas mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan raya umum 5 Mei lepas.
Mengulas lanjut, Pandikar berkata mereka yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan daripada hari pertama persidangan Dewan Rakyat juga akan lucut jawatan sebagai ahli parlimen secara automatik.
Sebanyak 111 ahli parlimen menghadiri taklimat hari ini termasuk seorang ahli parlimen pembangkang Er Teck Hwa (DAP-Bakri). #sumber
[VIDEO] Peniaga Pudu jual ayam bekas ratahan tikus?
-
PETALING JAYA – Tindakan sebuah kedai menjual ayam mentah yang didakwa
direndam di dalam tong tangki hitam bersama tikus mengundang rasa jijik dan
kebimb...
24 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan