KUALA LUMPUR, 11 Jun - Rafizi Ramli mendedahkan hari ini tiada acara akan diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, mencadangkan alasan diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib untuk tidak membenarkan perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) #Black505 kerana tempat itu digunakan pada tarikh tersebut sebagai tidak benar.
Pengarah strategi PKR itu juga berkata, beliau secara peribadi menyiasat dakwaan Ahmad semalam dan mendapati Larian Olimpik McDonald anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan pada 23 Jun di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok.
“Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka,” tambah beliau lagi.
Ahli Parlimen Pandan itu mengatakan siasatannya tidak terhenti di situ.
Untuk memastikan acara tersebut benar-benar akan diadakan di Dataran Merdeka yang bersejarah, beliau mengatakan turut menyemak laman sesawang Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM), turut terlibat dengan tersebut. Di laman rasmi kelab itu, Rafizi mengesahkan acara anjuran MOM diadakan di Dataran Merdeka, bukan di Padang Merbok. #sumber
[VIDEO] Peniaga Pudu jual ayam bekas ratahan tikus?
-
PETALING JAYA – Tindakan sebuah kedai menjual ayam mentah yang didakwa
direndam di dalam tong tangki hitam bersama tikus mengundang rasa jijik dan
kebimb...
24 minit yang lalu







Ngapa la gini weeiiii, spr nipu, dbkl pun ikut jd nipu gak?
BalasPadam