script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ali Tinju Dakwa, "Pengacau Jalan Petaling" Buat Provokasi !


PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju menafikan terlibat dengan insiden kekecohan sekumpulan peserta perhimpunan baju merah di Jalan Petaling.
Ketika dihubungi, Mohd Ali berkata beliau sedang berehat di rumah selepas Himpunan Rakyat Bersatu.
Beliau mendakwa sekumpulan individu yang hadir pada perhimpunan aman itu sengaja mencetuskan provokasi.
Namun, beliau menegaskan tidak terlibat dengan kumpulan terbabit.
"Mereka tidak bertanggungjawab. Mereka (pengacau) berada di sana untuk mencetuskan provokasi.

"Apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012. Kami tidak dibenarkan untuk menghina agama lain.
"Saya harap polis dan pihak berkuasa akan mendakwa mereka sekiranya terbukti bersalah.
"Terdapat sekumpulan bekas komando dan anggota tentera berada di sana untuk memantau keselamatan peserta di pusat pemeriksaan ditetapkan. Tiada seorang pun ahli saya terlibat dalam kekecohan itu," katanya ketika dihubungi.
Pada petang Rabu, sekumpulan peserta baju merah di Petaling Street enggan bersurai selepas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan air ke arah mereka.
"Perhimpunan itu berjalan dengan aman dan saya tidak melihat sebarang masalah. Saya hanya menyaksikan sekumpulan rakyat bersatu. Kami mematuhi peraturan dan menghormati pihak berkuasa.
"Kehadiran peserta amat menggalakkan terutamanya di kalangan orang Melayu. Saya rasa lebih 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu," katanya.
Nama Mohd Ali tidak asing lagi di negara ini kerana sering mencetuskan kontroversi.
Beliau pernah dipanggil polis berhubung ucapannya berikutan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Julai lalu.
Mohd Ali kemudiannya disiasat di bawah Akta Hasutan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.