script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tragedi Di Mina: Tabung Haji "Mula Kira" Jemaah Malaysia !


PETALING JAYA: Tabung Haji (TH) sedang mengumpul maklumat bagi mengesahkan sama ada jemaah haji Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan yang setakat ini mengorbankan 220 nyawa ketika melakukan ibadat melontar di Mina pada Khamis.
Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi berkata, pihak TH sedang menjalankan pengiraan jumlah jemaah Malaysia yang berada di khemah pada ketika ini.
"Berdasarkan jumlah itu, ia akan memudahkan kami untuk mengesan kedudukan jemaah Malaysia.
"Kami masih berkomunikasi dengan kumpulan petugas haji di sana yang diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama jemaah haji Malaysia di sana.
"Kejadian baru beberapa jam berlaku dan kami tidak mahu memberi maklumat tidak tepat kerana ia sesuatu yang sensitif," katanya di sini, Khamis.

Abdul Azeez berkata, mengikut jadual TH, waktu kejadian itu bukannya masa di mana jemaah Malaysia menjalankan ibadah melontar.
Beliau menambah, sebaik maklumat terkini diperoleh, TH akan memaklumkan semua pihak terbabit termasuk keluarga dan media tempatan.
"Keluarga jemaah akan diberitahu perkembangan terkini sebaik kami mendapat maklumat berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu, seorang petugas perubatan TH ketika dihubungi memaklumkan pasukan di Hospital Sysyah diminta bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Belum ada arahan kecemasan dikeluarkan untuk semua pertugas, bagaimanapun kami perlu bersiap sedia," katanya.
Difahamkan jemaah haji Malaysia dijadual akan mula melontar di tiga jamrah bermula malam ini.
Sebelum melontar, jemaah haji mabit di Muzdalifah bagi mengutip anak-anak batu untuk melontar jamrah.
Jemaah mula meninggalkan padang Arafah selepas solat Isyak Rabu malam dan singgah seketika di Muzdalifah untuk mengumpul anak batu.
Seterusnya pada 11, 12 dan 13  Zulhijah (25, 26 dan 27 September) jemaah akan melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Sughra, Wusta dan Aqabah.
Selepas menyempurnakan ketiga2 lontaran pada hari Tasyrik, jemaah akan berangkat pulang ke Makkah bagi menunaikan tawaf dan saie haji.
Sebelum ini, dua tragedi berlaku di Makkah, iaitu kren tumbang di Masjidil Haram dan insiden kebakaran di tingkat lapan Hotel Al Azizyiah juga di Tanah Suci.
Kejadian kren tumbang mengorbankan tujuh jemaah Malaysia, manakala 10 yang lain cedera. 
Dalam kejadian 5 petang pada 11 September lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.
Bagaimanapun, kejadian kebakaran hotel itu tidak membabitkan jemaah Malaysia. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.