script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Pusat Menolak "Sidang Meja Bulat", DAP Dan Amanah !


PETALING JAYA:  PAS Pusat menegaskan bahawa parti itu berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) dan keputusan untuk tidak menghadiri sidang meja bulat yang diadakan rakan sekutunya pada Selasa juga kekal.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan  Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pagi ini bertentangan dengan tindakan Datuk Mahfuz Omar yang hadir pada sidang meja bulat berkenaan.
“PAS menghargai jemputan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ke meja bulat pembangkang, namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya. 
"Bagaimanapun, PKR masih rakan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat," kata Tuan Ibrahim menerusi kenyataan, Selasa.
Menurutnya lagi, PAS akan terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutama isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
Beliau berkata, parti Islam itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha memperkuatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. PKR tak serupa pas yg tikam kawan........kalau PKR Dengan PH......er er errr..takan PKR nak jumpa Pas lak, tanpa DAP dan AMANAH? Bahalol rupanya alohmakdia Pas ni.......sepatutnya bersedia lah jadi pembangkang kat selangor! Kah kah kah. Maap den tak dapet nak tahan goli hati den dgn abdul hadi ni.......TITM lak jadi cai ( barua) politik bodo dia......kah kah kah!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.