script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib Minta Polis Siasat Insiden Kekecohan Petaling Street


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis perlu menyiasat insiden kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling di sini yang berlaku di luar perhimpunan 'Baju Merah' di sini Rabu.
Perdana Menteri, bagaimanapun berkata perhimpunan yang dikenali sebagai Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok di sini, berjalan secara aman.
"Saya dimaklumkan bahawa perhimpunan di KL berakhir secara aman kecuali insiden itu. PDRM (polis) perlu menyiasat," katanya dalam akaun Twitternya pada Rabu.
Ketika perhimpunan berjalan lancar di padang Merbok, sekumpulan pserta yang didakwa daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.
Perdana Menteri, yang menyifatkan insiden kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku, berkata semua peserta perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.
Penganjur perhimpunan, yang diketuai oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), bagaimanapun, tidak mahu berkait dengan kumpulan itu.
Perhimpunan itu dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka di sini pada 29 dan 30 Ogos lepas. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.