script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bauksit: Peniaga Di "Tanjung Pasir" Akui Hilang Pelanggan !


KUANTAN: Bukan sahaja hilang pelanggan, malah lebih kurang 30 peniaga Tanjung Pasir hingga ke Sungai Mabok, Jalan Bukit Goh di sini terpaksa berdepan masalah debu akibat lori bauksit yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Peniaga, Salwani Tajuddin, 37, berkata, sejak pengusaha bauksit menjalankan aktivitinya, pendapatan perniagaannya terjejas teruk selepas pelanggan enggan berkunjung di warungnya.

Katanya, sejak beberapa bulan lalu, sumber pendapatannya terjejas apabila debu bauksit turut ‘melekat’ di dalam kedai, sekali gus menyebabkan pelanggan takut untuk singgah di situ.

“Dulu satu malam berniaga boleh dapat hampir RM800, tetapi kini hendak peroleh RM500 pun susah selepas tiada pelanggan singgah kerana takut terkena debu bauksit,” katanya.

Salwani mendakwa, pada masa sama, dua anaknya iaitu Mashitah Zawawi, 16, dan Mardiah Zawawi, 12, menghidap penyakit kulit sehingga bernanah serta semput akibat debu bauksit.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu terpaksa dirujuk kepada doktor pakar kulit di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas penyakit tersebut masih tidak sembuh walaupun sudah mendapatkan rawatan awal di klinik biasa.

Malah katanya, ada pelanggan mengadu tidak lagi makan di kedainya kerana tidak tahan dengan debu bauksit yang melekat pada meja, pinggan serta kerusi.

“Setiap kali pelanggan datang masuk, saya terpaksa lap meja dan kerusi kerana debu bauksit melekat sehingga ada pelanggan menggeleng kepala melihat keadaan itu,” katanya yang sudah lebih dua bulan tidak menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun Salwani bercadang mahu membuka semula perniagaannya pada awal Oktober, namun bergantung kepada keadaannya memandangkan kegiatan bauksit sehingga kini masih gagal diatasi.

Sementara itu, Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, beliau akan bertemu dengan pengusaha bauksit untuk membincangkan masalah dihadapi peniaga di kawasan Sungai Lembing.

“Saya akan minta pengusaha bauksit membayar ganti rugi atau pampasan bergantung pada pendapatan perniagaan yang terjejas, sekali gus dapat meringankan beban peniaga,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.