script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ugut 'Tunjuk Perasaan': Polis Akan Tahan Jamal Md Yunos !


KUALA LUMPUR: Polis akan menahan Datuk Jamal Md Yunos kerana mengancam untuk mengadakan satu lagu tunjuk perasaan di Petaling Street Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan "pastikan" tindakan diambil terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, termasuk menangkapnya jika beliau didapati bersalah kerana menghasut bagi mencetuskan huru-hara.

"Jika Jamal membuat kenyataan mengancam dan jika beliau didapati bersalah menghasut bagi melakukan rusuhan, kami akan ambil tindakan. Kami akan panggil beliau dalam masa terdekat," katanya.

Noor Rashid berkata, buat masa ini polis akan menyiasat Jamal kerana merusuh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Beliau menjelaskan bahawa pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah sebagai langkah pencegahan.

"Kami mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan untuk mengelakkan apa-apa jenayah, termasuk merusuh," katanya.




Menurut Noor Rashid, polis akan menempatkan anggotanya di Petaling Street pada ini Sabtu ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada Rabu, Jamal memberi amaran "kekecohan lain" akan berlaku di Petaling Street jika tuntutan oleh penunjuk perasaan 'baju merah' tidak dipenuhi.

Antara tuntutan kumpulan itu adalah supaya Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak terhadap dakwaan penjualan barangan tiruan di Petaling Street, peniaga berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan berhenti memonopoli di kawasan itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.