KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa tiada siasatan dijalankan berkaitan aktiviti perlombongan bauksit di beberapa lokasi di daerah ini.
Pengarah SPRM Pahang, Datuk Zainul Darus (foto) berkata, pihaknya ada menerima banyak laporan dan semua maklumat tersebut terus dihantar ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut.
“Kita ada terima laporan berkaitan setiap bulan, namun ibu pejabat yang akan memproses untuk apa juga tindakan yang akan dikenakan.
“Walaupun kerajaan negeri sebelum ini memaklumkan telah membekukan semua permit yang diberi kepada pihak kontraktor (pengusaha), namun sehingga kini masih tiada arahan untuk kami menjalankan sebarang siasatan," katanya.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengurus Besar Kanan Sektor Operasi (CIDB), Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarani.
Sementara itu, menurutnya, seramai 280 kontraktor di negeri ini hadir pada majlis ini yang bertujuan memberi maklumat berkaitan dalam usaha membendung gejala rasuah dalam industri pembinaan.
“Inisiatif CIDB menganjurkan forum seperti ini amat bagus dalam menjelaskan kekeliruan dan bagaimana rasuah itu berlaku kerana industri pembinaan membabitkan rantaian begitu luas,” katanya. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan