script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Bauksit: JPJ "Setuju" Cadangan MB, Guna Karung Khas !


TEMERLOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju dengan cadangan penggunaan karung khas bagi mengangkut bauksit dalam usaha menangani masalah pencemaran yang berlaku hingga mengganggu keselesaan pengguna jalan raya di negeri ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Jaafar Mohamed berkata, dalam isu perlombongan bauksit tersebut JPJ akan membantu menguatkuasakan Akta JPJ khususnya berkaitan ketirisan bahan yang diangkut dari lori terbabit.

Menurutnya, JPJ akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan penguatkuasaan isu pengangkutan bauksit di negeri ini.

“JPJ menyambut baik cadangan yang amat relevan dan praktikal itu dan bersetuju dengan dengan apa yang diputuskan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob seterusnya membantu dari segi penguatkuasaan.

 “Bagi JPJ kita ada beberapa kaedah termasuklah barang yang dimuat dalam lori tidak boleh keluar sama ada batu, pasir dan sebagainya. Kalau keluar ia menjadi satu kesalahan di bawah peraturan kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Kerdau di Dewan Puspa Rumpun Makmur, Felcra Rumpun Makmur di sini semalam.

Turut hadir, Adun Kerdau, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengarah JPJ negeri, Mark Ujin.

Pada majlis itu seramai 392 peserta yang terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan Orang Asli menerima lesen memandu masing-masing.

Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan memperkenalkan kaedah baharu dalam pengangkutan bauksit sebagai antara langkah mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang telah berlarutan di negeri ini akibat aktiviti perlombongan bahan mineral itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, melalui kaedah yang akan diperkenalkan selepas sambutan Aidiladha itu, semua lori mengangkut bauksit perlu menggunakan karung khas.

Jaafar berkata, pencemaran alam sekitar akibat debu bauksit pada masa ini di sekitar Kuantan perlu diatasi segera kerana memberi kesan kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya.

“Kaedah penggunaan karung dilihat amat sesuai bagi mengelakkan debu bauksit daripada terjatuh daripada lori dan mencemarkan jalan raya.

Dalam perkembangan sama Jaafar berkata, penguatkuasaan terhadap lori bauksit dilakukan secara berterusan melibatkan pelbagai agensi yang diletakkan di bawah jawatankuasa khas yang diketuai oleh Pejabat Tanah dan Galian.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan telah dilakukan semua agensi terlibat termasuklah JPJ yang menguatkuasakan Seksyen 92 Akta JPJ yang boleh mengenakan kompaun RM300 kepada setiap pemandu dan pemilik yang didapati bersalah.

Sementara itu, beliau berkata, program SKSJ yang dilaksanakan di seluruh negara sejak 2009 telah memberi kesan signifikan kepada golongan sasaran menyaksikan seramai 83,121 peserta menerima lesen masing-masing. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.