script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penganjur Himpunan Baju Merah Jamal Yunos Kena Tahan !


PETALING JAYA: Polis menahan penganjur perhimpunan 'baju merah', Datuk Jamal Md Yunos di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah pada malam Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu.
"Kita tahan beliau di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah untuk mengelakkan jenayah daripada berlaku berhubung kenyataan yang didakwanya bahawa rusuhan akan berlaku di Petaling Street," katanya kepada The Star Online.
Difahamkan, Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ditahan pada pukul 9 malam Jumaat.
Beliau kini ditahan di balai polis Dang Wangi.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan memanggil Jamal untuk merekodkan kenyataannya berhubung perhimpunan di Petaling Street pada Sabtu.
Noor Rashid dilaporkan berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk menganjurkan perhimpunan dan tindakan tegas akan diambil.
Polis memberi amaran kepada Jamal bahawa beliau akan ditahan sekiranya didapati bersalah membuat hasutan bagi mencetuskan huru-hara.
Pada Rabu lalu, Jamal memberitahu pemberita bahawa satu perhimpunan boleh berlaku pada Sabtu sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) gagal untuk bertindak ke atas peniaga haram.
Jamal kemudiannya bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai asebarang kaitan dengan penganjuran perhimpunan di Petaling Street pada Sabtu.
"Saya tidak terlibat dan saya tidak akan berada di Petaling Street," katanya.
Ditanya adakah beliau mempunyai maklumat mengenai penunjuk perasaan akan berhimpun di Petaling Street pada Sabtu, Jamal berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.
"Saya ulangi, saya tidak terlibat dalam perhimpunan ini, jadi saya tidak tahu sekiranya ada perhimpunan esok," tambahnya.
Jamal berkata, kehadirannya di Petaling Street pada 16 September lalu atas permintaan polis sebagai "orang tengah".
"Pihak polis minta saya bantu untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di sana," katanya sambil menambah bahawa beliau tidak menganjurkan perhimpunan 16 September lalu atau yang bakal diadadakan pada Sabtu.
Beliau mendakwa media telah memutar belit kan kenyataannya berhubung perhimpunan itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.