script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

DAPSY Kecam Tindakan UMNO Bakar Patung Pemimpinnya


SEREMBAN: DAP kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar patung pemimpin-pemimpin DAP di program UMNO Bahagian Kota Bahru, Kelantan.
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong (foto), berkata beliau telah mengarahkan pergerakan muda parti itu membuat laporan polis di seluruh negara.
“Saya berharap Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan yang tegas terhadap tindakan yang mengancam ketenteraman orang awam.

“Ketua Polis negara harus bertindak bijak dalam menjalankan tugas mereka. Jika tidak, beliau akan mencemar imej pasukan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kok Seong yang juga Ahli Parlimen Rasah telah membuat laporan polis tentang insiden itu di sini semalam.
Beliau juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional menyatakan pendirian beliau terhadap insiden membakar patung pemimpin DAP di program UMNO tersebut.

Katanya, tindakan membakar tersebut jelas merupakan satu tindakan sengaja yang diatur oleh pemimpin Umno negeri dengan berniat “membakar” sentimen pihak-pihak tertentu.
“Kedangkalan UMNO Kelantan dalam insiden ini juga jelas merupakan satu tindakan menyokong perhimpunan baju merah yang sengaja mahu membangkitkan politik perkauman,” tambah beliau. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.