script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

1MDB Akan Terus Beri Maklum Balas, Kepada Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia komited untuk terus menyediakan maklum balas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu bekas Perdana Menteri itu mengingati kembali jawapan berasaskan fakta yang diberikan sebelum ini.
1MDB berkata Dr Mahathir "terus mengguna dan mengitar semula dakwaaan basi dan tidak terbukti yang telah dibuktikan salah berulang kali."
"Sebagai contoh, sebelum ini Tun Dr mahathir mendakwa sejumlah RM42 bilion lesap daripada 1MDB. Sekarang beliau mendakwa 'lebih RM20 bilion tidak dapat dikesan atau diambil kira.
"Untuk kebaikan Tun Dr Mahathir, satu pecahan menyeluruh akan bagaimana 1MDB menggunakan hutang RM42 bilion itu -- berasaskan penyata kewangan yang telah diaudit syarikat -- boleh dilihat menerusi http://1mdb.com.my/press-release/rm42-billion-all-accounted-for," kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kenyataan itu dikeluarkan 1MDB susulan catatan berkaitan 1MDB oleh bekas pemimpin politik berkenaan yang dipapar menerusi laman blog beliau pada 25 Sept.
"Berhubung tanah 1MDB, dengan mudahnya Tun Dr Mahathir lupa bahawa 1MDB dimiliki 100 peratus oleh kerajaan Malaysia, justeru sebarang peningkatan nilai akan memberi manfaat secara langsung hanya kepada kerajaan.
"Selain memetik sebut harga tanah yang jauh lebih rendah pada RM3,000 satu kaki persegi sekarang (berbanding RM7,000 sekaki persegi dalam dakwaan beliau sebelum ini), Tun Dr Mahathir lupa untuk mengakui bahawa 1MDB telah membuat komitmen sebanyak RM3 bilion bagi pembangunan infrastruktur di TRX.
"Ini menyamai sekitar RM1,500 perbelanjaan infrastruktur untuk satu kaki persegi, dibayar oleh 1MDB dan seterusnya diperoleh semula menerusi penjualan tanah," kata 1MDB.
Ia berkata Tun Dr Mahathir turut mengulangi dakwaan lama bahawa 1MDB memindahkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Beliau sedar, pada 3 Ogos 2015 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan badan bebas, mengesahkan secara jelas bahawa dana itu daripada penderma swasta, bukan daripada 1MDB.
"1MDB kesal dengan Tun Dr Mahathir yang sentiasa lupa pada fakta, bukan sahaja daripada 1MDB tetapi juga daripada agensi bebas dan dihormati seperti SPRM," kata 1MDB. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.