KUANTAN: Seorang lelaki maut akibat di tembak dari jarak dekat di sebuah restoran di sini awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 2.37 pagi itu melibatkan seorang mangsa yang dipercayai berasal dari Felda Bukit Kuantan. Maklumat kejadian berkenaan telah diviralkan di laman sembang sosial Facebook dan WhatsApp sejak pagi tadi.
Mangsa dipercayai bersama dua lagi rakannya baru sahaja keluar dari Restoran Aliff bersebelahan Berjaya Mengamall untuk menaiki kenderaan Toyota Fortuner yang diletakkan bersebelahan restoran terbabit. Namun mangsa telah ditembak beberapa das ketika sedang membuka pintu kenderaan tersebut.
Saksi mendakwa suspek yang menembak mangsa dikatakan menggunakan kenderaan jenis Proton Waja. Namun semakan yang dibuat mendapati nombor pendaftaran kenderaan terbabit adalah palsu dan didaftakan pada motosikal jenis Modenas Kriss.
Suspek dipercayai melepaskan empat das tembakan hingga menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat. Di fahamkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini. #PDONEWS