script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jamal Md Yunos, Dakwa "Pembangkang" Cetus Kekecohan !


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa insiden kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling dan Bukit Bintang dicetuskan pihak pembangkang.
"Ini semua kerja pembangkang. Orang-orang Umno dan NGO-NGO yang pro kepada Umno tidak akan melakukan perkara sebegini," katanya kepada pemberita selepas himpunan 'baju merah' di Padang Merbok di sini, Rabu.
Beliau yang sudah menjangkakan insiden seumpama itu akan berlaku pada perhimpunan itu telah memaklumkan perkara tersebut lebih awal kepada polis.
"Saya percaya pihak polis dapat tangani perkara ini secara baik dan menjadikannya sebagai iktibar kepada mereka yang lain supaya jangan melanggar undang-undang.
"Kalau langgar undang-undang, kita minta pihak polis gunakan akta yang ada untuk menghukum mereka," katanya.

Dilaporkan, sekumpulan peserta perhimpunan 'baju merah' di Jalan Petaling didakwa melakukan provokasi dan masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka, manakala di Bukit Bintang pula kumpulan sama dikatakan merempuh sekatan selepas dihalang memasuki kawasan berkenaan.
Jamal turut menafikan peserta di kalangan NGO pimpinannya terlibat dalam kekecohan di Jalan Petaling dan Bukit Bintang di sini.
"Dalam ramai orang yang hadir kita tak tahu siapa mereka. Baju merah tak boleh dijadikan sebagai bukti mereka ini di kalangan kami.
Baju merah ini boleh dibeli di mana-mana pun, dengan hanya memakai baju merah dan menuduh kami adalah tidak adil," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak menggunakan laluan ke Jalan Petaling untuk berarak ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya mereka yang berada di Petaling Street bukan daripada kalangan kami. Ia di luar dari laluan, kami berarak dari Jalan Conlay sehingga ke mari (Padang Merbok).
"Saya percaya mereka ini sengaja buat provokasi ingin 'merampas' program yang baik ini. Saya percaya mereka ini bukan daripada kalangan kami.
"Kita datang hari ini untuk menghadiri perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti orang Melayu, bagaimana sopannya orang Melayu jadi mereka itu bukan daripada kalangan kami," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.