script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lelaki Wajah Mirip "Barack Obama" Akhirnya Jadi Pelakon !


GUANZHOU: Impian seorang lelaki warga China, Xiao Jiguo yang memiliki wajah mirip Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bergelar pelakon akhirnya menjadi kenyataan apabila dia dipilih untuk melakonkan watak samseng.
Xiao diberi kepercayaan untuk membintangi filem berunsur komedi detektif berjudul Huo Bao.
Filem itu dijadualkan untuk tayangan pada tahun depan.
Xiao yang memegang watak sebagai Black Prince Charming, menumbuk pelakon utama dalam satu babak pergaduhan.

"Saya hanya melakonkan watak sampingan sebagai samseng. Jadi apabila saya diarahkan untuk memukul pelakon watak utama, saya akan melakukannya," kata Xiao.

Pemuda berusia 29 tahun itu pernah membuat beberapa penampilan dengan meniru gaya Obama dan berucap dalam Bahasa Inggeris.

"Bahasa Inggeris saya teruk, jadi apabila saya bercakap di atas pentas, ia adalah campuran bahasa Inggeris olok-olok.
"Saya akan bertutur apa saja yang terlintas di fikiran," katanya.
Secara kebetulan, Xiao berkongsi jenis darah sama dengan Obama manakala hari lahirnya jatuh lewat sehari selepas hari lahir Presiden AS itu.
Xiao sebelum ini pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum mengambil keputusan menjadi pelakon. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.