Rozlan Abd Manaf berkata, kelewatan siap kerja baik pulih padang rumput selepas banjir hujung tahun lalu menyebabkan banyak aktiviti khususnya perlawanan bola sepak di peringkat daerah hingga kebangsaan mungkin mengalami gangguan.
Menurutnya, Stadium Temerloh yang menjadi gelanggang utama bagi pasukan Shahzan Muda tidak dapat digunakan sejak banjir besar lalu dan kerja baik pulih yang dijalankan masih belum siap sepenuhnya.
“Akibat ketiadaan padang bagi Shahzan Muda menyebabkan pasukan terbabit terpaksa guna stadium lain termasuk Stadium Darul Makmur yang jadi gelanggang utama Pahang.
“Ketiadaan pertandingan bola sepak Liga Malaysia ini seterusnya menjadikan bandar ini semakin malap berbeza dengan dua tiga tahun lalu ketika stadium ini dijadikan gelanggang bagi pasukan Pahang dan Shahzan Muda.
“Tidak ada lagi peniaga yang menghidupkan suasana malam, hotel kurang sambutan dan limpahan perniagaan lain juga tidak serancak semasa ada pertandingan bola sepak di Stadium Temerloh seperti dahulu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Sementara itu seorang lagi peminat Sharin Simat berkata, Stadium Temerloh bukan digunakan sebagai acara untuk bola sepak sahaja bahkan ia menjadi produk tarikan orang ramai dari seluruh pelusok daerah dan dari daerah berhampiran berkunjung ke sini.
“Stadium Temerloh mempunyai kelulusan daripada FAM untuk dijadikan venue pertandingan peringkat Liga FAM dan Liga Perdana.
“Keupayaan lampu limpah serta tempat duduk penonton mencecah 10,000 menjadikan stadium ini pilihan kedua pasukan Pahang untuk bermain di sini, #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan