script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Sedia 'Maafkan' DAP Jika Parti Itu Terima Dasar Islam !


SHAH ALAM: Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar Islam yang diperjuangkan selama ini setelah ikatan tahaluf siyasi antara mereka terbatal, sebelum ini gara-gara DAP didakwa melanggar syarat kerjasama tersebut.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, meskipun ikatan itu pernah putus, namun Pas akan mengikut lunas-lunas yang telah digariskan dalam agama.

"Jika dia (DAP) minta maaf dan terima dasar kita, hukum dah jadi wajib dah...kita akan terima (maaf). Tiada masalah.

"Apabila dia (DAP) minta maaf nak rujuk balik...nikah kahwin pun boleh rujuk balik. Insya-ALLAH tahaluf siyasi tiada masalah," katanya pada forum Diskusi 3.0: Integriti dan Kenegaraan, di sini, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika dikemukakan soalan oleh penonton tentang prinsip Pas sekiranya DAP meminta maaf.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan keputusan Pas mengadakan hubungan tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak adalah berasaskan kepada tuntutan hukum.

"DAP wujud di Malaysia puluhan tahun. Mengapa dulu, kita tidak bertahaluf dengan DAP? Kerana hukum dan syarat bertahaluf siyasi yang digariskan di dalam Islam masih belum mencukup syarat menyebabkan kita tidak mengadakan hubungan tahalif siyasi dengan DAP.

"Apabila syarat yang ditetapkan dalam kitab-kitab Fekah yang utama menggariskan kepada kita bahawa syarat dan peraturan tahaluf yang membabitkan Pas ini sudah melangkah ke peringkat wajib, maka kita mengadakan hubungan tahaluf siyasi kerana hukumnya telah menjadi wajib.

"Saya nak tegaskan, kita nak rujuk balik, Pas berpegang dengan kaedah syarak. Kalau syarak mewajibkan, kita akan buat. Bukan sahaja dengan DAP, dengan orang lain pun," katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya mana-mana pihak yang bertahaluf siyasi melanggar syarat yang ditetapkan Pas, secara langsung perjanjian itu terbatal.

"Apabila kita bertahaluf dengan DAP, syarat tahaluf siyasi kita lengkap. Apabila syarat tahaluf terbatal...sebab itu apabila dalam kenyataan MSU, saya sebut tahaluf siyasi terbatal bukan MSU yang membatalkan, bukan Pas yang membatalkan.

"Tapi apabila DAP ini melanggar syarat dan peraturan yang kita tetapkan itu, maka dengan sendirinya tahaluf terbatal. Apabila tahaluf terbatal, walaupun manis, mesti buang," katanya.

Nik Zawawi yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pusat berpendapat, bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila.

"Berpolitik kita mesti berpandangan jauh. Jangan sampai kita berpolitik ini, kita bermusuh dengan satu-satu kumpulan menyebabkan kita meletakkan mereka ini sebagai musuh kepada kita sampai bila-bila. Tidak. Kita silap. Kita bermusuh ketika mereka menjadi musuh.

"Kita mesti bertahaluf, bergabung apabila syarat dalam Islam mewajibkan kita bergabung dengan siapa sahaja. Ini kita kena ingat. Sebab itu dalam Islam kita kena banyak sabar. Kadang-kadang kita kena bergabung dengan musuh. Sabar, itu kehendak Islam bukan kehendak kita," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.