script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi Poster: Felixia "Maafkan" Parti Amanah Negara


PETALING JAYA: Model Felixia Yeap memaafkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menggunakan gambarnya untuk tujuan politik.
"Dengar kata "parti" tu dah minta maaf? Baguslah macam tu. Tolong jangan ulangi perkara ini lagi," tulis beliau di laman Facebooknya.
Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap berkata isu tersebut tidak sepatutnya ditimbulkan sejak dari awal lagi.
"Anda semua sepatutnya lebih tahu untuk tidak menggunakan gambar dan nama orang lain tanpa kebenaran, persetujuan atau kelulusan mereka... saya pasti.
"Ia seperti menimbulkan fitnah seolah-olah mengatakan saya terlibat dalam parti politik, apabila saya tidak pernah terdengar mengenainya sebelum ini," tulisnya.
Felixia turut berterima kasih kepada parti tersebut kerana memadamkan gambar yang kononnya menunjukkan beliau menyokong parti baharu dilancarkan itu.
Gambar tersebut menjadi viral di laman media sosial.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Melaka, Adeysham Nor meminta maaf secara terbuka kepada Felixia berhubung isu poster Anti Rasis parti itu yang menggunakan gambar model tersebut.
"Kami memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Felixia berhubung isu ini. Pihak kami berjanji akan lebih cakna dan berhati-hati dalam menghasilkan sebarang iklan, poster dan sebagainya di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Adeysham berkata semua status berkaitan poster tersebut telah dipadamkan dalam tempoh kurang 24 jam ia dikeluarkan selepas mendapati tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
"Pihak kami juga telah mengerahkan 1000 anggota “Orange Army” untuk mengesan dan mencari poster itu di media-media baru.

"Mana-mana poster yang dapat dikesan akan diminta untuk dipadamkan dan tidak diviralkan lagi," katanya.
Pada Sabtu, poster Felixia dengan kata-kata,"Saya Felixia Orang Cina & Beragama Islam"dan "Islam Rejects Racism" tersebar di laman media sosial.
Terdapat juga simbol Amanah dalam gambar tersebut.
Parti Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September dengan kepimpinan tertingginya terdiri daripada bekas ahli-ahli progresif PAS. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.