Kebiasaannya bila bergelar menteri kabinet, sudah pasti kita akan gambarkan sesoarang itu hidup mewah dan dilimpahi dengan kekayaan. Lain halnya bagi Menteri Pertahanan Malaysia, Tn Hj Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu.
Tersebar di media sosial, kelibat Mat Sabu mahu ke pejabanya bagi hari kedua bergelar seorang 'Menteri". Sunggu terharu melihat kelibatnya yang keluar dari rumah ditemani isterinya dan terpandang pula sebuah kereta Perodua Viva Elite di dalam garaj.
Beliau dinantikan oleh beberapa orang pegawal peribadi dengan kenderaan rasmi untuk membawanya ke Putrajaya. Turut kelihatan kenderaan polis yang ditugaskan mengiri beliau dengan selamat ke pejabat.
Beliau kini "ditunggu dan disambut", situasi yang cukup berbeza satu ketika dulu. Syabas kepada Mat Sabu. Selamat bertugas. #PDO







Tiada ulasan:
Catat Ulasan