TAWAU: Seramai 12 anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.
Kumpulan itu diketuai oleh Bendahari UMNO Bahagian berkenaan Hamild Awang yang berkata
keputusan tersebut adalah untuk kestabilan politik dan memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat.
"Keputusan ini dibuat bersama tanpa tekanan atau paksaan sebaliknya kami melihat perkara ini seiring sebagai warga Malaysia maka menjadi tanggungjawab untuk memberi sokongan kepada kerajaan hari ini," katanya pada sidang akhbar khas di sini.
Katanya kesemua mereka berhasrat menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas ini.
"Bagaimanapun, ini tertakluk kepada persetujuan kepimpinan Warisan di Tawau sendiri, kita akan berbincang dengan mereka dan (jika boleh) untuk diserap sebagai anggota biasa," katanya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan