script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tuan Ibrahim: Hormati & Jagalah "Keutuhan" Institusi Raja Melayu


KUALA LUMPUR: Walaupun PRU14 sudah pun selesai 16 hari namun cuaca politik negara yang timbul kerana PRU14 tetap hangat. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sepanjang 16 hari ini katanya, rakyat melihat bagaimana parti-parti dan watak-watak politik menimbulkan pelbagai pertikaian terutamanya kemelut menubuhkan kerajaan yang telah dan sedang berlaku.


Namun dalam keghairahan semua pihak untuk mempertahankan ruangan masing-masing jangan sesekali kita mengguris keutuhan dan kedaulatan institusi raja-raja yang telah sekian lama menjadi naungan kepada semua rakyat Malaysia.

"Institusi raja-raja adalah payung negara yang menjadi naungan rakyat, melangkaui semua agama, bangsa, bahasa, fahaman politik dan sebagainya. Ianyalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu", dakwa beliau..

Oleh itu tambahnya, PAS menasihatkan semua parti dan watak politik untuk menghormati institusi ini atas sifatnya itu.

"Apa sahaja pertikaian politik yang kita hadapi, janganlah kita melanggar sempadan ini. Berhati-hatilah dan janganlah keghairahan tindakan kita dalam apa saja bentuk itu menyebabkan institusi raja-raja ini tercalar", tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

Beliau turut menegaskan apabila ia tercalar, maka hilanglah tempat untuk rakyat berlindung terutamanya apabila watak-watak dan parti-parti politik menjadi terlalu angkuh sehingga tidak boleh ditegur. #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.