script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ramkarpal: Polis ‘Mungkin’ Sudah Tahu Siapa Arah Bunuh Altantuya


KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan model warga Mongolia Altantuya Sharibuu kini muncul di sebalik pembongkaran satu demi satu skandal puluhan billion 1MDB.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, polis tidak perlu menunggu laporan baru dibuat bagi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan tersebut.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan besar bahawa orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya telah diketahui polis sejak awal kes berkenaan disiasat.
“Tidak perlu laporan polis baru untuk dibuat, memandangkan kemungkinan besar orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya sudah diketahui polis sejak awal siasatan kes berkenaan, dan ini merupakan aspek yang sangat penting yang tidak diambil kira dalam siasatan berkenaan.
“Tidak logik untuk penyiasat hanya bertanya siapa bunuh Altantuya tanpa bertanya motif tindakan dalam penyiasatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, laporan polis hanyalah ‘formaliti’ dan polis boleh membuka semula siasatan.
Selain itu, Ramkarpal menambah, Presiden Mongolia Battulga Khaltama pada 18 Mei lalu turut meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuka semula siasatan kes berkenaan.
Pihaknya juga turut menerima sepucuk surat daripada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, yang dikirim kepadanya meminta agar pihak yang mengarahkan pembunuhan anaknya agar mendapat hukuman.
“Dalam situasi ini, saya menggesa agar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Fuzi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan Altantuya dengan kadar segera, atau suruhanjaya siasatan diraja bersidang untuk menentukan motif pembunuhan,” katanya lagi.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas didapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.