script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tun Mahathir: "SPR Tipu", Prestasi PPBM Tidak Memberangsangkan !

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beberapa penipuan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian, 9 Mei lepas, susulan menerima laporan daripada calon-calon partinya.

Perdana Menteri itu berkata, beberapa penipuan yang berlaku itu menyebabkan prestasi partinya kurang memberangsangkan.

“Ada beberapa kes calon kita (PPBM) sudah menang tetapi tiba-tiba datang peti undi yang lain dan kemudian mereka kalah.


“Ada juga kes (melibatkan) beratus-ratus undi rosak hingga berjumlah antara 700-800 undi,” kata beliau dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PPBM di ibu negara.

Dalam pada itu, Dr Mahathir akan mempertimbangkan ahli-ahli UMNO yang ingin menyertai partinya tetapi dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Ahli-ahli UMNO boleh sertai parti kita tetapi mereka perlu keluar daripada UMNO dan perlu menjadi ahli bebas dahulu.

"Kemudian, mereka perlu menyatakan pendirian terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kita akan mempertimbangkan kemasukan mereka,” kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di ibu negara.

Menurut Perdana Menteri itu, jika sebelum ini partinya tidak mendapat perhatian tetapi kini dalam masa satu hari partinya menerima hampir 1,000 permohonan kemasukan sebagai ahli.

Beliau turut berkata, kemenangan pada PRU14 lepas merupakan satu kejutan dan beliau berbangga peralihan kerajaan dapat dilakukan tanpa sebarang keganasan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.