script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mukhriz "Bimbang" Pilihan Raya Negeri Diadakan Semula Di Kedah


ALOR SETAR; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan pilihan raya negeri terpaksa diadakan semula apabila wujud situasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan stalemate atau berbelah bahagi berhubung pemilihan calon Speaker baharu.

Menurut beliau, keadaan tersebut boleh berlaku pada persidangan pertama DUN nanti apabila Speaker tidak dapat dipilih kerana Pakatan Harapan (PH) mempunyai 18 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, sama dengan gabungan pembangkang apabila Pas memenangi 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN) menawan tiga kerusi.

"Katakan 18 (kerusi) di pihak kami (PH), kita mencadangkan seorang calon Speaker dan ditolak pihak sana (pembangkang), pihak sana juga mencadangkan seorang (Speaker) dan kami pula tolak, kedua-dua tidak lepas.

"Jadi dalam keadaan macam ini (berbelah bahagi) kemungkinan terpaksa dibuat satu pilihan raya negeri," katanya pada sidang akhbar selepas majlis mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah Exco di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sehubungan itu, Mukhriz yang dilantik sebagai Menteri Besar buat kali kedua selepas kali pertama pada 2013 berkata, beliau merancang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak pembangkang untuk mendapatkan kerjasama untuk mengelakkan Pilihan Raya Negeri diadakan semula selepas ini.

"Saya memohon pertimbangan daripada pihak pembangkang merestui calon Speaker daripada PH bagi memastikan kerja-kerja pentadbiran dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Mukhriz yang juga ADUN Jitra berkata, beliau percaya ketika ini pihak kerajaan dan pembangkang termasuk rakyat tidak mahu diadakan pilihan raya sekali lagi dalam tempoh terdekat ini.

"Keputusan itu (pilihan raya negeri) kalau dibuat akan membuang masa dan membuang wang," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.