Beliau berkata bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir, telah memaklumkan secara bertulis kepada Kementerian Kewangan pada Mac dengan mengatakan 1MDB tidak dapat membayar faedah yang bertarikh akhir April dan Mei 2018.
Lim berkata beliau telah mengarahkan kementerian melantik PricewaterhouseCoopers (PwC) bagi melaksanakan audit khas dan penilaian semula IMDB.
"Selepas itu kami akan dapat menentukan kos penipuan kepada pembayar cukai. Kami akan menyerahkan laporan PwC kepada Jawatankuasa 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri sebaik sahaja ia siap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, Lim mengadakan dua mesyuarat berasingan dengan Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayob dan Datuk Kamal Mohd Ali, serta Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, yang diiringi Azmi dan bekas peguam 1MDB, Ivan Chen. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan