script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

1MDB Telah Berbohong, Kerajaan "Tanggung" Hampir "RM7 Bilion" Hutang !


PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan syarikat 1MDB menerima RM6.98 bilion dalam bentuk ‘penyelesaian’ (bailout) oleh kerajaan ketika ditadbir Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah membuat ‘pembayaran’ bagi pihak 1MDB berjumlah RM6.98 bilion.

Jumlah itu termasuk pembayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.

“Ini mengesahkan kecurigaan umum bahawa 1MDB sebenarnya telah berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa kononnya dibayar melalui ‘amalan rasionalisasi yang berjaya’.

“Perkara sebenarnya, selama ini pihak kementerian yang telah melakukan bail out kepada 1MDB,” kata Guan Eng pada sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Beliau turut mendedahkan perkara penting yang perlu diselesaikan dalam kadar segera ialah pembayaran faedah pinjaman 1MDB sebanyak RM143.75 juta yang perlu dibayar 1MDB itu pada 30 Mei 2018.

“Justeru saya telah memberi arahan kepada Arul Kanda untuk menjelaskan sama ada 1MDB mampu untuk membayar sejumlah wang tersebut,” katanya.

Menurutnya, Arul Kanda masih kekal sebagai Presiden dan CEO 1MDB sehingga 30 Jun 2018.

Selain jumlah faedah pinjaman RM143.75 juta yang perlu dilangsaikan hujung bulan ini, Guan Eng berkata terdapat sejumlah RM810.21 juta lagi kadar faedah antara September dan November 2017 perlu dibayar. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.