Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu ditekankan kerana ia akan menjadi contoh dan penanda aras oleh rakyat khususnya bukan Islam yang telah memilih PH sebagai kerajaan.
"Kalau umat Islam itu bila dia jadi pemimpin dia rasuah, zalim dan tidak berintegriti, bagaimana orang nak hormat dia? Islam pun tak dapat terima, inikan pula orang bukan Islam.
"Tapi kalau pemimpin Islam itu adil, membela nasib rakyat, menjaga integriti, tidak rasuah maka dia akan jadi contoh kepada semua manusia," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana bersama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.
Katanya, pimpinan PH juga perlu dekat di hati rakyat selain menyelesaikan segala masalah yang diluahkan mereka dengan baik. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan