script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cuci Pinggan Tepi Longkang, "Raj’s Banana Leaf" Bangsar, Di Arahkan Tutup


KUALA LUMPUR: Disebabkan video pekerja mencuci pinggan di kawasan lopak air di belakang premis yang tular di media sosial, pengurusan restoran daun pisang Raj’s Banana Leaf Bangsar diarah menutup operasi serta-merta.

Notis perintah tutup itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa pukul 9.20 pagi tadi sehingga tarikh akan diberitahu kemudian.

Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran DBKL, Dr Chandrakant Patel berkata pihaknya difahamkan restoran itu mempunyai ruang pembersihan yang terhad menyebabkan pekerjanya terpaksa mencuci pinggan di luar premis.

“Apa yang diviralkan dalam media sosial itu adalah kerana mereka (pekerja) tidak mempunyai ruang pembersihan mencukupi.


“Kami akan membuat pemeriksaan kebersihan di sekitar premis tersebut sebelum menghubungi mereka untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi kebersihan di premis itu hari ini.

Katanya tahap kebersihan restoran itu berada di gred A selepas pemeriksaan pada tahun lalu dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

Kira-kira 10 pegawai penguatkuasaan dari DBKL, Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia hadir ke premis itu bagi menjalankan pemeriksaan selepas mendapat aduan mengenai video viral itu sejak semalam.

Menerusi rakaman video 30 saat itu, 6 pekerja restoran itu dilihat mencuci pinggan di kawasan lopak air belakang premis itu yang ditonton lebih 270,000 pengguna media sosial sejak malam tadi.

Namun, pihak pengurusan restoran itu kemudiannya tampil memohon maaf menerusi Facebook berhubung insiden itu dengan menawarkan makanan percuma. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.