script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mukhriz: Tun M 'Bukan Faktor' PH Menang Ialah Pandangan Peribadi Rafizi


JITRA: Kenyataan Rafizi Ramli mengenai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah pendapat peribadi Naib Presiden PKR itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata Rafizi sepatutnya tidak mempersoalkan faktor kemenangan itu sebaliknya akur dengan kemenangan yang dicapai bagi membolehkan PH membentuk kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri.

"Kita merasakan faktor kemenangan itu tidak patut timbul lagi. Sebenarnya, yang penting sekarang keputusan dah diketahui dan kerajaan dah dibentuk, jadi saya kata isu-isu seperti itu tak perlu dibangkitkan.

"...kerana hubungan di kalangan ahli politik sekarang sangat akrab dan sangat baik, kita kena elak usaha yang mengganggu-gugat empat parti PH dan Parti Warisan Sabah," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid-Masjid daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan portal The Malaysia Insight yang memetik Rafizi sebagai berkata bahawa populariti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah faktor kemenangan PH dalam PRU14 sebaliknya isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membolehkan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN). #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.