script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PM: Kerajaan "Tubuhkan" Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata penubuhan tabung itu adalah bagi memastikan derma rakyat Malaysia yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan.

"Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan."

"Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata nombor akaun sumbangan itu akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Pengumuman mengenai hutang negara yang berjumlah RM1 trilion telah mendapat perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini dengan ramai antara mereka menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang tersebut di media sosial.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan "Sayangi Malaysiaku" sebagai tema Hari Kebangsaan bagi tahun ini.

Mengenai Program PERMATA, Dr Mahathir berkata ia akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata PERMATA akan diteruskan memandangkan ia program yang baik dalam membantu meningkatkan pembangunan dan kebajikan kanak-kanak tetapi ia perlu dikaji dan diaudit terlebih dahulu.

Ditanya mengenai desas-desus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata kedudukan jabatan itu masih belum dibincangkan di peringkat kabinet.

Bagaimanapun, katanya satu kumpulan ulama dan individu berpengetahuan dalam agama Islam akan membincangkan peranan Jakim di negara ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.